Saturday, 27 February 2016

Tentang Dia

Tetiba rasa nak bercerita tentang dia. Tapi identiti perlu dirahsiakan sebab...adalah..Hahaha
Almost 2 years kawan dan kenal dengan dia. Muncul, hilang. Muncul , hilang. Tu la kami..
terkadang aku rasa kelakar pon ada. Mana tak nyer, kami ni macam "teman tapi mesra". Tapi ada masa nak cakap macam teman tu tak pon. Ternyata hubungan yang complicated.
Yang paling complicated bila lagaknya seperti pasangan merpati dua sejoli. ko rasa??? hehehe

Pakej lengkap, hampir sempurna tp mana ada manusia sempurna. Ko gila ke apa. Nampak nau menipu. :)

oklah share sikit tentang dia nie. Dia nie orangnya simple, tak banyak kerenah sangat atau lebih mudah cakap dia ni memahami. Klau nak minta nasihat esp berkaitan agama bagiaku tak ada masalah sebab setakat dia tak pernah dia tak mampu nak jawab soalan aku. Kekadang aku ni bukan la tak tahu langsung pasal agama cume saja je gatal nak tanya dia. N taraaaa.... dia mesti boleh jawab punya. Alhamdulillah. Contoh-contoh bakal suami..Cewah.

Lagi satu tentang dia ni ialah anak mak.. everything mesti merujuk pada mak dia dulu. Bagos betul sebab bukan apa jarang la jumpa anak lelaki yang lebih mengutamakan mak dia.. Dia pernah cakap kat  aku " kalau nak buat apa-apa mesti dapat redha mak".. Aku setuju dengan apa yang dia cakap. 

Lagi satu nak share, aku ni xpernah pon jumpa dia. Kiteorng kenal pon dalam media sosial "beetalk". Masa tu aku ada buat akaun tu, lepas tu saja la kan people nearby. Alih2 terkawan pulak dengan dia sampai la sekarang. Tak pernah pon terpikir nak jumpa. Berkawan dalam media sosial. Aku bertahan berkawan dengan dia smpai bertahun ni sebab aku selesa. Ada masa aku jadikan dia sumber rujukan, nasihat kalau aku ada masalah yang aku sendiri tak boleh nak selesaikan. 

Ada masa merajk, kecil hati. Tu biasa la bila angin puting beliung sampai. Masa tu nanti memang x contact la dalam jangka masa lama. Perangai macam budak-budak pon ada. 
Pape pon ak epy kenal dengan dia. ditegaskan sekli lagi kami "teman tapi mesra' dan bukannya pasangan merpati dua sejoli yer..:). Jangan salah faham. Kami selesa diantara satu sama lain. 

Kepada Dia. Good Luck untuk kerja baru ni, dengar cerita dapat join program under kerajaan Selangor. Tapi aku sendiri lom sempat tanya details lagi pasal keje baru dia tu.. Takpe t ada masa aku tanya, sebab aku pon bz gak sekarang nie.. Pape pon kepada awak, semoga berjaya ea...lau bz tu jangan la smpai lupa kite..hahahah...Ok bye!

No comments:

Post a Comment