Kkdng ak xfhm lect ni..kjp ckp len , kjp len. Suh hntr 1st draf. Yes i already submit . Kteny ok.. bla dpt full assignmnt? Len jdny...argghhh so stress.. I didn't expect it will be like this. Really hope that some miracle will happen at the end.. final sem ni...Ya Allah permudahkan la urusan ak. Amin....
Thursday, 11 December 2014
assignment oh assignment
Sakit! Pedih! Kecewa! Bila sume org dok sembng mrkh assignment tnggi...tp group ak??? Xspt yg ak hrapkn..tp knp group ak bkn org len??? Down gile rse aty, nk sembng pon xde mood. Tak blh nk slhkn sspe sbb bnda dh jd. Mmg la kne redha tp mslhny tlampau skit. Itu dh ckup wt ak rasa risau yg tramat mngenangkan nsib ak bila final exam lg...
Monday, 1 December 2014
RINDU ABAH
Tiada apa yang boleh aku ungkapkan selain perkataan rindu. Rindu pada insan yang selama ini menjadi tulang belakang dalam keluarga aku. Tapi kini dia telah meninggalkan kami sekeluarga buat selamanya. Baru kini aku mempunyai kekuatan untuk bercerita tentang Abah. Tidak tahu kenapa setiap kali mengingati tentang Abah hati ini menjadi sedih dan sayu. Jujur aku katakan aku rasa tak sangka Abah dan pergi. Rasanya Abah sentiasa ada seperti sedia kala. Entahlah hati boleh menidakkan apa yang berlaku tapi hati tak boleh menyangkal kenyataan yang dilihat. Jujur aku sedih kerana hanya aku seorang dalam keluarga yang tidak dapat melihat Abah dikebumikan. Mungkin sudah ditakdirkan untuk aku tidak bertemu Abah buat kali terakhir. Aku tak rasa terkilan dengan apa yang berlaku sebab aku dapat rasakan aku sudah Berjaya meluangkan masa dan menjaga Abah sepanjang Abah sakit semasa cuti semester aku. Sempat juga aku masakkan untuk Abah, suapkan dia makan, potongkan kukunya walaupun pada hakikatnya selama ini aku xpernah lakukan perkara itu. Mungkin Allah gerakkan hati aku untuk lakukan semua itu sebagai tanda kenangan untuk aku bila Abah xde.
Abah, dirimu tiada ganti. Garang bagaimana pun Abah, aku tahu dia inginkan yang terbaik untuk anak-anaknya. Segarang2 Abah dan tegasnya dia xpernah sekali pun dia menjentik aku apatah lagi merotan. Sungguh aku tahu dalam kerasnya masih ada perasaan sayang yang tidak diungkapkan. Mungkin dia tak pernah cakap yang dia sayang aku. Tapi aku tahu dia sayang. Sama juga seperti aku yang tidak pernah bemanja, bergurau senda dengan Abah tapi hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa aku menyayangi Abah dan sayang aku itu tak mampu untuk aku luahkan dengan kata-kata. Aku berterima kasih kepada Tuhan kerana kerap hadirkan Abah dalam mimpi bila rasa rindu itu hadir. Mungkin orrang lain ada gambar untuk dijadikan kenangan tapi ak tiada. Tiada satu pun gambar aku bersama Abah.
Terkadang aku terfikir, kenapa Abah pergi terlalu awal. Masih belum sempat lagi untuk aku balas budi baik Abah. Masih belum sempat juga untuk aku beri kegembiraan kepadanyanya. Aku teringin dia melihat kejayaan aku tapi apakan daya Alllah lebih sayangkan Abah. Terima Kasih Abah kerana dengan doa dan sokongan Abah, aku berjaya menjejakkan kaki ke Unimas. Teringat waktu-waktu terakhir bersama Abah, semuanya seperti tidak disangka. Abah selalu memandang Aku tapi aku tak mengerti pandangan itu. Aku hanya sempat memberikan ciuman terakhir kepada Abah sehari sebelum aku pulang ke Unimas. Ternyata itu adalah ciuman pertama dan terakhir dari aku untuk Abah. Sungguh tak ku sangka. Hanya itulah kenangan yang terindah yang aku ada bersama Abah. Walau pun ak tidak mempunyai gambar sebagai tatapan tapi raut wajah Abah sentiasa ada dalam hati aku.
Kini hanya doa yang mampu kirimkan untuk Abah agar dia tenang disana. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin.
Al-Fatihah untuk Abah yang dikasihi...
Saturday, 29 November 2014
Congrats.
Tahniah,
Itu saja yang ak boleh ucapkan untuk kau,
Perit rasenya untuk ak luahkan tapi, sebagai seorang SAHABAT ak luahkan juga,
Tipu jika ak kata ak tidak mempunyai apa-apa rasa tentang berita itu,
Bohong juga jika ak ak dah lupa tentang kenangan kita dulu,
Tapi aku anggap itu semua sebagai kenangan dan sebagai satu pengalaman hidup untuk ak.
Apa yang boleh ak katakan semoga kau berbahagia sehingga ke akhir hayat bersama pilihan hati kau,
Aku sebagai sahabat sntiasa harap kau gembira dan ak pun harap doa yang sama dari kau,
Selamat Pengantin Baru Sahabat.
Itu saja yang ak boleh ucapkan untuk kau,
Perit rasenya untuk ak luahkan tapi, sebagai seorang SAHABAT ak luahkan juga,
Tipu jika ak kata ak tidak mempunyai apa-apa rasa tentang berita itu,
Bohong juga jika ak ak dah lupa tentang kenangan kita dulu,
Tapi aku anggap itu semua sebagai kenangan dan sebagai satu pengalaman hidup untuk ak.
Apa yang boleh ak katakan semoga kau berbahagia sehingga ke akhir hayat bersama pilihan hati kau,
Aku sebagai sahabat sntiasa harap kau gembira dan ak pun harap doa yang sama dari kau,
Selamat Pengantin Baru Sahabat.
Wednesday, 26 November 2014
Insan Teristimewa
Menatap wajahnya buat hati ini tenang,
Berbicara dengannya buat hati ini lapang,
Melihat dia tersenyum seolah-olah dunia ini disirami keindahan bunga.
Dia insan teristimewa bagiku,
Insan yang sentiasa memahami kehendak hatiku,
Insan yang banyak bekorban demi melihat anaknya gembira,
Insan yang aku maksudkan adalah Ibuku..
Ya! Ibuku..
kau ku sanjung,
Tak pernah sedikit pon kasih sayang yang kau curahkan,
Tak pernah terbit di bibirmu keluhan walau kesusahan datang melanda.
Ku bangga denganmu Ibuku,
Kau insan yang teristimewa dalam hidupku,
Tiada galang gantinya.
Kekadang aku terfikir,
Mampukah aku menjadi sehebat dan setabah ibuku,
Mampukah aku menahan segala keperitan yang datang. Mampukah?
Ibu, akan ku cuba memberi mu yang terbaik selagi diri ini mampu,
Akan aku cuba untuk mengekalkan senyuman diwajahmu,
Kerna kau insan istimewa dalam hatiku.
Ku sayang dirimu melebihi aku menyayangi diriku,
I love u Ibu..
Monday, 24 November 2014
AKU!
Aku...
Masih di sini menghabiskan sisa- sisa perjalanan aku sebagai seorang pelajar,
Menuntut ilmu sebanyak yang boleh di bumi kenyalang ini,
mengambil seberapa banyak pengalaman selagi termampu,
Meneroka bumi kenyalang ini dengan harapan ada secebis memori mampu dijadikan ingatan bila sepi datang menjengah.
Aku...
Masih mengharap waktu itu meyebelahi diri,
Masih mengharap ada sinar yang mampu diberi pada insan tersayang,
Dan masih terus berusaha agar impian menjadi kenyataan.
Aku...
Terus berdoa agar segala yang dirancang dapat dilaksanakan,
Agar segala budi dan bakti dapat dibalas,
Dan berdoa agar Tuhan sentiasa melindungi hamba-Nya dari alpa terhadap niat yang selama ini tersimpan rapi di dalam hati.
Masih di sini menghabiskan sisa- sisa perjalanan aku sebagai seorang pelajar,
Menuntut ilmu sebanyak yang boleh di bumi kenyalang ini,
mengambil seberapa banyak pengalaman selagi termampu,
Meneroka bumi kenyalang ini dengan harapan ada secebis memori mampu dijadikan ingatan bila sepi datang menjengah.
Aku...
Masih mengharap waktu itu meyebelahi diri,
Masih mengharap ada sinar yang mampu diberi pada insan tersayang,
Dan masih terus berusaha agar impian menjadi kenyataan.
Aku...
Terus berdoa agar segala yang dirancang dapat dilaksanakan,
Agar segala budi dan bakti dapat dibalas,
Dan berdoa agar Tuhan sentiasa melindungi hamba-Nya dari alpa terhadap niat yang selama ini tersimpan rapi di dalam hati.
Monday, 3 March 2014
Touched!
Rse tersentuh bila bce esei yg kwn ak tlis..
It all about her life...ctr dia wt ak rse terharu lg2 bila ak bce sentence yg nie:
"Abah
dahulunya bekerja sebagai pemasang wayar kabel bawah tanah di Kuala Lumpur. Hanya
balik ke rumah seminggu sekali. Selepas syarikat itu muflis. Abah membuat
keputusan untuk mencari kerja di Melaka sahaja. Selepas itu abah mendapat kerja
membawa lori barangan kilang. Lama juga abah bekerja di situ. Setelah uzur
kini, abah hanya mampu bekerja membawa lori kelapa sawit, itu pun untuk kawasan
yang terdekat sahaja.
“Abah
ya sayang abah sangat-sangat…”
Abah
cuma hendakan yang terbaik untuk anak-anaknya. Beliau tidak mahu anak-anaknya
mengikut jejaknya bekerja di sektor swasta dan berkelas bawahan pula. Kerana
beliau sudah makan garam dahulu sebelum kami. Aku juga pernah diberitahu oleh
mak, yang abah tidak berkesempatan untuk memasuki tentera. Oleh itu beliau mahu
anaknya menyambung impiannya."
Subscribe to:
Posts (Atom)