Sunday, 26 May 2019

"Tak Sama"

Jangan pernah samakan kita dengan orang lain.  Sebab kita takkan pernah tahu apa yang orang tu rasa,  alami,  hadapi. 

Kadang perlu diingat kenapa seseorang bertindak begitu,  berfikir begini..  Semuanya bersebab. Hanya dia yang tahu kenapa,  mengapa.

Contoh.  Ego menolak pertolongan. Adakah kita tahu kenapa dia menolak.  Pasti tidak.  Mudah mengata sombong sedangkan kita sendiri tak mengerti kenapa itu terjadi. 

Ya aku sombong.  Ya aku ego.  Ya aku tidak berhati perut.  Tp aku belum kejam... Andai kau tahu apa yang ada dalam hati ini..  Andai kau tahu mengapa aku begini.  Andai kau rasa apa yang aku rasa.  Tapi sayang..  Kau tak mengerti..  Aku bukan kau.  Kau bukan aku.  Ye ko berjiwa lembut..  Tapi tidak aku. 

Andai kau tahu kenapa lembut boleh bertukar keras.  Pasti kau mengerti kenapa ego itu wujud.  Andai kau pernah rasa segala kecewa hati ini..  Pasti kau takkan mampu berkata walau sepatah.  Andai kau tahu erti terabai pasti kau faham erti kosong.  Andai kau tahu erti sayang,  kau akan faham erti pengorbanan.  Andai kau tahu apa itu kesedihan pasti kau faham erti kehilangan. Dan andai kau tahu dibenci,  kau akan faham apa itu yang terpendam.

Ya...  Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga.  Ya.. Jangan kerana marahkan nyamuk kelambu dibakar.  Jika itu yang dinilai..maka silakan. Aku disini hanya mampu mengukir senyum.  Cuba memahami apa yang kau fikir walaupon jauh disudut lain ia tak seperti apa yang kau fikir.

Jahat la ak pada matamu,  andai itu yang terbaik.  Tak mengapa.  Kerana jiwa aku sudah terbiasa.  Buruk la aku pada rasa jiwamu kerana aku sudah terbiasa. Katakanlah apa sekalipun aku tak mengapa kerana sesungguhnya aku telah terbiasa.