Kkdng ak xfhm lect ni..kjp ckp len , kjp len. Suh hntr 1st draf. Yes i already submit . Kteny ok.. bla dpt full assignmnt? Len jdny...argghhh so stress.. I didn't expect it will be like this. Really hope that some miracle will happen at the end.. final sem ni...Ya Allah permudahkan la urusan ak. Amin....
Thursday, 11 December 2014
assignment oh assignment
Sakit! Pedih! Kecewa! Bila sume org dok sembng mrkh assignment tnggi...tp group ak??? Xspt yg ak hrapkn..tp knp group ak bkn org len??? Down gile rse aty, nk sembng pon xde mood. Tak blh nk slhkn sspe sbb bnda dh jd. Mmg la kne redha tp mslhny tlampau skit. Itu dh ckup wt ak rasa risau yg tramat mngenangkan nsib ak bila final exam lg...
Monday, 1 December 2014
RINDU ABAH
Tiada apa yang boleh aku ungkapkan selain perkataan rindu. Rindu pada insan yang selama ini menjadi tulang belakang dalam keluarga aku. Tapi kini dia telah meninggalkan kami sekeluarga buat selamanya. Baru kini aku mempunyai kekuatan untuk bercerita tentang Abah. Tidak tahu kenapa setiap kali mengingati tentang Abah hati ini menjadi sedih dan sayu. Jujur aku katakan aku rasa tak sangka Abah dan pergi. Rasanya Abah sentiasa ada seperti sedia kala. Entahlah hati boleh menidakkan apa yang berlaku tapi hati tak boleh menyangkal kenyataan yang dilihat. Jujur aku sedih kerana hanya aku seorang dalam keluarga yang tidak dapat melihat Abah dikebumikan. Mungkin sudah ditakdirkan untuk aku tidak bertemu Abah buat kali terakhir. Aku tak rasa terkilan dengan apa yang berlaku sebab aku dapat rasakan aku sudah Berjaya meluangkan masa dan menjaga Abah sepanjang Abah sakit semasa cuti semester aku. Sempat juga aku masakkan untuk Abah, suapkan dia makan, potongkan kukunya walaupun pada hakikatnya selama ini aku xpernah lakukan perkara itu. Mungkin Allah gerakkan hati aku untuk lakukan semua itu sebagai tanda kenangan untuk aku bila Abah xde.
Abah, dirimu tiada ganti. Garang bagaimana pun Abah, aku tahu dia inginkan yang terbaik untuk anak-anaknya. Segarang2 Abah dan tegasnya dia xpernah sekali pun dia menjentik aku apatah lagi merotan. Sungguh aku tahu dalam kerasnya masih ada perasaan sayang yang tidak diungkapkan. Mungkin dia tak pernah cakap yang dia sayang aku. Tapi aku tahu dia sayang. Sama juga seperti aku yang tidak pernah bemanja, bergurau senda dengan Abah tapi hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa aku menyayangi Abah dan sayang aku itu tak mampu untuk aku luahkan dengan kata-kata. Aku berterima kasih kepada Tuhan kerana kerap hadirkan Abah dalam mimpi bila rasa rindu itu hadir. Mungkin orrang lain ada gambar untuk dijadikan kenangan tapi ak tiada. Tiada satu pun gambar aku bersama Abah.
Terkadang aku terfikir, kenapa Abah pergi terlalu awal. Masih belum sempat lagi untuk aku balas budi baik Abah. Masih belum sempat juga untuk aku beri kegembiraan kepadanyanya. Aku teringin dia melihat kejayaan aku tapi apakan daya Alllah lebih sayangkan Abah. Terima Kasih Abah kerana dengan doa dan sokongan Abah, aku berjaya menjejakkan kaki ke Unimas. Teringat waktu-waktu terakhir bersama Abah, semuanya seperti tidak disangka. Abah selalu memandang Aku tapi aku tak mengerti pandangan itu. Aku hanya sempat memberikan ciuman terakhir kepada Abah sehari sebelum aku pulang ke Unimas. Ternyata itu adalah ciuman pertama dan terakhir dari aku untuk Abah. Sungguh tak ku sangka. Hanya itulah kenangan yang terindah yang aku ada bersama Abah. Walau pun ak tidak mempunyai gambar sebagai tatapan tapi raut wajah Abah sentiasa ada dalam hati aku.
Kini hanya doa yang mampu kirimkan untuk Abah agar dia tenang disana. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin.
Al-Fatihah untuk Abah yang dikasihi...
Subscribe to:
Posts (Atom)